Followers

Thursday, February 05, 2009

Hari Terbuka Finas

Kali ni saya bekesempatan untuk join event Hari Terbuka Finas yang diadakan di Ampang dekat2 dengan Zoo Negara. Event menarik sebab dijanjikan ramai artis yang akan muncul seperti Liyana Jasmay dan beberapa artis yang lain.

Peminat kanak-kanak yang sempat bergambar dengan Upin & Ipin. Tapi kenapa tak senyum?

LCP turut membuka booth jualan dan menampilkan maskot Upin & Ipin yang menjadi kegilaan kanak-kanak. Kebanyakan pengunjung memang terhibur dengan maskot Upin & Ipin walaupun ada segelintir yang agak takut dengan wajah Upin & Ipin yang agak besar dari biasa.

Ni Ayman pun tak ketinggalan pakai baju Upin time tu. Baju ni dia beli on the spot kat booth LCP. Pantang nampak baju ni, mesti nak pakai... terpaksa la Kak Izan beli 1 untuk dia lagi.

Ni pulak Rajoo, Idaman dan Badrol yang sedang menayangkan soalan2 kuiz pada hari tu. Kiranya cam soalan bocor sebelum kuiz le ni.

Ha tu dia, aksi mereka ketika berada di atas stage. Memang best le sambutan kat Finas masatu lebih2 lagi dari adik2 yang minat gila dengan Upin Ipin.

Ni bukan adik beradik ye, nasib baik perut tak sama. Anyway, sempat jugak bergambar dengan Afdlin Shauki yang kebetulan juga membuka booth time event ni.

Lastly, yang ni pula ialah gambar bersama dengan Pierre Andre yang sangat tinggi.


P/s: haih, tak dapat bergambar dgn Liyana Jasmay... maybe next time.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...