Followers

Thursday, January 22, 2009

Sehari yang ceria

Wow, tak sangka 1 hari ni boleh jadi hari yang paling sibuk tapi pada masa yang sama hari yang paling menceriakan. Pada 20 Jan 09, seawal pukul 10 pagi saya dan beberapa krew Les' Copaque telah berkunjung ke GSC, One Utama. Bukan untuk tengok wayang, tapi untuk menghadiri sesi rekording bersama "Filem Di 9". Actually, salah seorang staff dia(mungkin producer) ialah kawan masa sekolah menengah dulu.. so, lebih senang nak berbincang sebab memang dah lama kenal...

Pada siapa yang pernah tengok "Filem di 9" ni sudah pasti tahu pengacaranya ialah Raja Farah. Raja Farah ni actually baru 20 tahun tapi di set dia ni selalu melatah. (opss).. tapi dia ni sangat ceria mengacarakan rancangan ni... Walaupun lebih 3 jam di GSC tu, macam2lah yang saya dapat belajar dan pengalaman bersama krew "Filem di 9" memang menyoronokkan... semua krew "Filem di 9" sangat aktif dan pandai menceriakan keadaan...

Ye, seperti biasa kalau tak amik gambar.. nanti orang tak percaya... walaupun agak rapat bergambar dengan Raja Farah masa tu, tapi saya tak bermaksud apa2...

Sebaik habis saja shooting ni, tanpa dirancang saya kena pergi KL Tower untuk majlis rebranding TV9. Dengan tidak semena2nya Uncle ajak pergi sama2... tapi saya drive kereta BMW dia.. fuuhh.. macam tak percaya, tapi jadi kenyataan.. yela... mana la tau 1 hari nanti dapat pakai BMW jugak.. amik berkat. Disepanjang perjalanan tu macam2 la yang Uncle cakap yang somehow bagi semangat dan motivitasi baru...

Memang 1 pengalaman baru la pada hari tu. Even KL Tower pun tak penah sampai jugak sebelum ni... tu pun 1st time jugak utk hari tu... dah la parking semua penuh... memang susah la sangat parking kat situ time tu.... Jadi, kena parking di bawah sekali... manakala event tu kat atas KL Tower... Basically, event TV9 ni dorang nak perkenalkan teknik rebranding dorang yang baru... so, macam2 la..ada goodies, ada persembahan skit2.. ada presentation... dan lebih kurang pukul 5 lebih abis la...

Ni antara goodies yg dapat pada hari tu... bole kata banyak jugak ni...
Ye, apa yg anda nampak tu ialah thumbdrive..

Tapi yang tak boleh dilupakan ialah berjumpa sekali lagi dengan gadis melayu, Khusna. Saya memang tak menyokong mana2 sebenarnya sekdar mengikuti perkembangan rancangan ni. Saya hanya sempat bergambar dengan Khusna sahaja walaupon masa tu Aida dan Aisyah pun ada. Nasib baik Khusna ingat lagi yang dulu pernah berjumpa kat Suarasa Ipoh (nasib baik)... mintak2 jumpa lagi lepas ni...

p/s: walaupun saya banyak bergambar dgn artis wanita dalam blog ni.. tapi memang takde maksud2 apa... just sebab nak taruk gambar kat blog aje...

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...