Followers

Thursday, January 01, 2009

Keseronokan di Suarasa

Rasanya baru macam baru saja selesai event MITC di Melaka haritu, bulan ni terlibat dengan event Suarasa di Ipoh pula. Terus-terangnya saya tak pernah ke Ipoh langsung sebelum ni dan kunjungan pertama kali ke Ipoh sempena Suarasa ni memang seronok.

Suarasa anjuran TV9 ni diadakan di Dataran Ipoh dan menara jam ni macam landmark kat situ.

Cuaca memang tak menentu. Adalanya panas terik untuk beberapa jam.. lepas tu hujan lebat. Cuaca sentiasa berubah2. Namun begitu orang yang datang taknya pernah putus. Memang sporting orang Ipoh.

Ha ni, ruang booth kami di Suarasa. Macam biasalah penampilan Upin & Ipin menjadi tarikan semua pengunjung. Booth Upin & Ipin juga ada membuat jualan baju, beg, buku dan macam2 lagi.

Ramai jugak personaliti yang muncul pada event ni. Dan saya sudah tentu tak melepaskan peluang bergambo dengan mereka. (mana yang sempat la)

Yang ni Nurul sedang perform atas stage tapi time tu nak hujan dah

Yes, dan ini lah gambar yang menjadi kejelesan orang lain. Yang ni ialah Syikin dari rancangan Gadis Melayu. Dia ni pemalu skit sebab saya dah banyak cakap dengan dia... tapi dia senyum je...

Yeah, Satu lagi gambo Syikin. Gambo yang ni Ehsan yang amik. Comel tak?.. ermm Comel tak patung Ipin tu maksud saya.

Akhirnya pada masa sedang sibuk sempat lagi bergambo dengan 3 Gadis Melayu yang lain termasuk sorang tu ialah Syikin.

Actually, yang seronok pada event ni bukanlah dapat bergambar dengan artis tapi seronok sebab dapat bekerja di belakang tabir bersama-sama dengan krew TV9. Dapat tengok macam mana dorang buat kerja dan macam2 lagi. Walaupun penat gila dan dulit dah hitam sikit.. tapi semuanya rasa berbaloi dengan pengalaman dan sales yang memberansangkan pada event kali ni.

Lastly, ialah bergambar bersama Dato Khir Toyo iaitu bekas Menteri Besar Selangor. Actually masa ni terserempak di kawasan rehat Tapah semasa on the way balik ke Shah Alam.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...