Followers

Saturday, January 17, 2009

Histeria~

Sempat lagi pergi tengok wayang pada malam selepas selesai aktiviti di Suarasa Ipoh haritu. Wayang kat situ (Ipoh Parade kut) tak berapa banyak choice movie... kalau tak nak tgk bedtime story.. tapi belum ditayangkan kat panggung ni.. jadi tak kisahlah.. histeria pun.. histeria la.. lagipun takkan la takut sangat kan...

Well, dengar cerita HISTERIA ni dah dapat kutipan yang agak banyak jugak.. mungkin elemen awek2 comel yang berlakon dalam filem ni berjaya menarik peminat filem tempatan untuk menonton ke panggung. Walaupun pengarah filemnya berasal dari filem indie tapi gaya ceritanya sepatutnya boleh jadi lebih baik... hanya satu yang saya puji ialah kesan solek (betul ke term dia). Kalau ada orang yang matitu memang dipaparkan dalam keadaan yang nampak meyakinkan...

Overall, jalan ceritanya boleh tahan walaupun ada beberapa bahagian yang masih boleh diperbaiki. Apa2 pun saya ucapkan tahniah kepada krew Histeria kerana filem seram ni berjaya dihasilkan tanpa terikut2 cara Jangan Pandang Belakang mahupun cerita seram melayu yang lain.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...