Followers

Friday, January 30, 2009

Dusun Tanjung Malim

Yay, dalam diam tak diam rupanya sempat jugak kitaorg meluangkan cuti raya cina di dusun Tn Hj Burhannudin di Tanjung Malim. Boleh dikatakan lebih kurang 20 orang yang join dan perjalanan dari opis LCP ke dusun ni pun lebih kurang 40 minit sahaja. Kenapa sampai nak ke dusun pulak ek? Bukan apa, sebab di dusun ni ada macam aktiviti yang boleh dilakukan seperti memancing, mandi sungai dan sudah tentulah makan.

Faiz,Anas, Zaid dan Zubir antara team pancing yang.. hmm berjaya mendapatkan beberapa ekor ikan talapia dan puyu.

Yang lelain nya pulak sibuk bakar ayam, ikan dan sosej. Saya antara ketua makanan. Makanan yang telah siap dimasak mestilah ditest dahulu untuk pengesahan kelulusan.

Whoa... ayam ni sedap. Tapi harap maklum ayam ni tak di tangkap di sini ek... beli kat kedai sehari sebelum datang sini.

Inilah antara ikan yang dorang dapat haritu. Actually ni sikit... ada lagi yang banyak tapi takde dalam gambar.

Yang ni pulak area mandi manda nya. Gambar waktu mandi takde sebab.. err... hmm saya tak mandi.

Iye, Eilham nak apa? nak uncle Mumu ye.. alaala.. comel nya dia

Ni pulak aksi Hasan semasa siang ikan hidup2 hasil didikan Nurul pada hari tu. Hari dalam sejarah untuk Cik Hasan.

Kesimpulannya, setelah 1 hari meluangkan masa di dusun ni, semua orang rasa segar balik.. rasa tak sabar nak pegi sekali lagi pun ada... Kalau hari-hari duduk dalam opis aje... sekali sekala amik angin kat luar memang seronok. Atleast boleh rehatkan minda...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...