Followers

Friday, January 30, 2009

Wedding Di Gombak

Trip ke majlis perkahwinan kakak kepada salah seorang opismate ni berlaku pada cuti raya cina. Memang jarang-jarang orang buat wedding time2 hari cam ni.. sebab jatuh pada hari selasa. Tapi yang penting sekali pada hari ni semua orang dapat datang untuk menyaksikan pengantin di atas pelamin.. hehe.. Wedding ni bertempat di Gombak.. actually Taman Sri Gombak, tapi dekat2 la tu...

Gambar bersama opismate iaitu Hanif. Kakak dia la yang kawin.

Eilham : Tak kasik ang pau tak nak pandang



Semasa balik...
Azi : Eilham!... Ok la ok la... Auntie kasik ang pau

Sempat bergambar bersama pengantin.

Dusun Tanjung Malim

Yay, dalam diam tak diam rupanya sempat jugak kitaorg meluangkan cuti raya cina di dusun Tn Hj Burhannudin di Tanjung Malim. Boleh dikatakan lebih kurang 20 orang yang join dan perjalanan dari opis LCP ke dusun ni pun lebih kurang 40 minit sahaja. Kenapa sampai nak ke dusun pulak ek? Bukan apa, sebab di dusun ni ada macam aktiviti yang boleh dilakukan seperti memancing, mandi sungai dan sudah tentulah makan.

Faiz,Anas, Zaid dan Zubir antara team pancing yang.. hmm berjaya mendapatkan beberapa ekor ikan talapia dan puyu.

Yang lelain nya pulak sibuk bakar ayam, ikan dan sosej. Saya antara ketua makanan. Makanan yang telah siap dimasak mestilah ditest dahulu untuk pengesahan kelulusan.

Whoa... ayam ni sedap. Tapi harap maklum ayam ni tak di tangkap di sini ek... beli kat kedai sehari sebelum datang sini.

Inilah antara ikan yang dorang dapat haritu. Actually ni sikit... ada lagi yang banyak tapi takde dalam gambar.

Yang ni pulak area mandi manda nya. Gambar waktu mandi takde sebab.. err... hmm saya tak mandi.

Iye, Eilham nak apa? nak uncle Mumu ye.. alaala.. comel nya dia

Ni pulak aksi Hasan semasa siang ikan hidup2 hasil didikan Nurul pada hari tu. Hari dalam sejarah untuk Cik Hasan.

Kesimpulannya, setelah 1 hari meluangkan masa di dusun ni, semua orang rasa segar balik.. rasa tak sabar nak pegi sekali lagi pun ada... Kalau hari-hari duduk dalam opis aje... sekali sekala amik angin kat luar memang seronok. Atleast boleh rehatkan minda...

Sunday, January 25, 2009

Mejamumu

Apakah itu mejamumu?
Mejamumu itu ialah ringkasan kepada meja saya di Les' Copaque Production.


Kenapa meja pun perlu ada nama?
Sebab di sinilah macam2 boleh didapati di dalam area studio di Les' Copaque. Macam center of information. (cewah)


Apa yang ada kat sini?
Biasanya kalau ada majalah terkini dipasaran di mejamumu ni lah yang akan sampai dulu. Contohnya, majalah gempak isu lepas... saya dapat melalui pos yang mana dikedai masih belum dijual lagi... sama juga seperti majalah2 lain keluar karangkraf contoh, juga saya akan dapat lebih awal atau extra lebih dari biasa...mejamumu juga merupa server yang menyimpan segala jenis hiburan yang tidak melalaikan (okla ada la melalaikan sikit2)


Takkan tu je?
Selain tu, ni mejamumu ni terkenal dengan barang-barang yang cute seperti patung Upin yang direjek dan beberapa flushtoys lion yang dibeli dari tempat2 berasingan. Jadi biasanya kalau orang perempuan yang datang melawat kat opis mesti kata.. alaa comellnyaaa... .Sampai ada orang nak bergambar dimejamumu ni semata-mata sebab mejamumu ni comel...

Kata-kata terakhir?
Mejamumu ni juga dah beberapa kali masuk majalah. Contohnya majalah powder, majalah pc dan juga photo abang polis yang menangkap gambar tempat kejadian kehilangan handphone.


p/s: harapan mejamumu ni dapat dikembangkan lagi sehingga ke peringkat antarabangsa


Saturday, January 24, 2009

Gadis Melayu Promote GENG

Bukan promote apanya, tapi seperti yang semua maklum mengenai rancangan Gadis Melayu yang telahpun tamat beberapa minggu lepas. Pemenangnya ialah Aida. Tapi, ada tak orang perasan semasa sesi latihan sebelum final tu... beberapa orang gadis melayu ni pakai baju GENG yang dorang dapatkan semasa di event Suarasa Ipoh tempoh hari...

Antaranya ialah Aida dan Syikin. Yang lain tak sure tak pakai sebab apa, samada memang takde baju tu ataupun sebab tak basuh lagi... hehe

Setahu saya antara yang paling minat GENG terumatanya sekali Upin & Ipin ialah Khusna.. Sebab haritu di Suarasa sibuk dia menawar harga baju Upin & Ipin dengan saya even harga yang ditawar tu lagi mahal dari yang saya jual...


Oleh itu jangan la lupa menonon filem GENG di pawagam bermula pada 12 Februari 2009.

Thursday, January 22, 2009

Sehari yang ceria

Wow, tak sangka 1 hari ni boleh jadi hari yang paling sibuk tapi pada masa yang sama hari yang paling menceriakan. Pada 20 Jan 09, seawal pukul 10 pagi saya dan beberapa krew Les' Copaque telah berkunjung ke GSC, One Utama. Bukan untuk tengok wayang, tapi untuk menghadiri sesi rekording bersama "Filem Di 9". Actually, salah seorang staff dia(mungkin producer) ialah kawan masa sekolah menengah dulu.. so, lebih senang nak berbincang sebab memang dah lama kenal...

Pada siapa yang pernah tengok "Filem di 9" ni sudah pasti tahu pengacaranya ialah Raja Farah. Raja Farah ni actually baru 20 tahun tapi di set dia ni selalu melatah. (opss).. tapi dia ni sangat ceria mengacarakan rancangan ni... Walaupun lebih 3 jam di GSC tu, macam2lah yang saya dapat belajar dan pengalaman bersama krew "Filem di 9" memang menyoronokkan... semua krew "Filem di 9" sangat aktif dan pandai menceriakan keadaan...

Ye, seperti biasa kalau tak amik gambar.. nanti orang tak percaya... walaupun agak rapat bergambar dengan Raja Farah masa tu, tapi saya tak bermaksud apa2...

Sebaik habis saja shooting ni, tanpa dirancang saya kena pergi KL Tower untuk majlis rebranding TV9. Dengan tidak semena2nya Uncle ajak pergi sama2... tapi saya drive kereta BMW dia.. fuuhh.. macam tak percaya, tapi jadi kenyataan.. yela... mana la tau 1 hari nanti dapat pakai BMW jugak.. amik berkat. Disepanjang perjalanan tu macam2 la yang Uncle cakap yang somehow bagi semangat dan motivitasi baru...

Memang 1 pengalaman baru la pada hari tu. Even KL Tower pun tak penah sampai jugak sebelum ni... tu pun 1st time jugak utk hari tu... dah la parking semua penuh... memang susah la sangat parking kat situ time tu.... Jadi, kena parking di bawah sekali... manakala event tu kat atas KL Tower... Basically, event TV9 ni dorang nak perkenalkan teknik rebranding dorang yang baru... so, macam2 la..ada goodies, ada persembahan skit2.. ada presentation... dan lebih kurang pukul 5 lebih abis la...

Ni antara goodies yg dapat pada hari tu... bole kata banyak jugak ni...
Ye, apa yg anda nampak tu ialah thumbdrive..

Tapi yang tak boleh dilupakan ialah berjumpa sekali lagi dengan gadis melayu, Khusna. Saya memang tak menyokong mana2 sebenarnya sekdar mengikuti perkembangan rancangan ni. Saya hanya sempat bergambar dengan Khusna sahaja walaupon masa tu Aida dan Aisyah pun ada. Nasib baik Khusna ingat lagi yang dulu pernah berjumpa kat Suarasa Ipoh (nasib baik)... mintak2 jumpa lagi lepas ni...

p/s: walaupun saya banyak bergambar dgn artis wanita dalam blog ni.. tapi memang takde maksud2 apa... just sebab nak taruk gambar kat blog aje...

Tuesday, January 20, 2009

Gempak Cover!

Yay, what a great feeling. This issue of Gempak features GENG as front cover. Its not just about the cover, but it is something that I discuss with GEMPAK editor, Ayour 3 month ago. At first ,I discovered to put GENG as front cover it is something impossible especially for a local animation. Ayour said it is depends on the demand of the market and the win-win situation for both parties. Starting from there I work with Ayour, give him good writeup, materials and try to make this cover something that can come true.

After sometimes, popularity GENG is starting to build up. We got an offer actually to put GENG as front cover from GEMPAK's marketing person.Finally everything is just right for us. We get the right timing and we got the demand from them as well. Now, before you know it GENG is on the GEMPAK's cover. Now, if we go to any bookstore and magazine shop we can see GENG on GEMPAK's cover. I believe it deserve to be there. At one time I notice a boy run from far to buy GEMPAK and screaming "Upin.. Ipin". What a feeling.

I starting to believe, this kind of promotion is somehow better than billboard. You only can see billboard once and only at one place.. no matter how big the billboard are... But, magazine cover we can see in all over Malaysia in any bookstore... is like moving promotion...

I will not stop here. You guy will see some other magazine put GENG as cover as well for the Feb's issue. Im still working on it. Just wait for the result...

Press Screening Sifu & Tongga

Sehari selepas Press Screening GENG, ada Press Screening untuk filem Sifu & Tongga pula. Seperti biasa Grand Brilliance akan mengadakan kebanyakan press screeningnya di GSC Midvalley. Actually, saya taklah dijemput sangat, sebab saya bukan press pon... tapi sebab dah kenal dengan orang GB.. jadi dapatlah selit2 skit untuk tengok screening ni.

Seperti yang diketahui ramai, pelakon utamanya ialah Saiful Apek dan Nabil. Semua para pelakon ni sampai lebih kurang 8:30 dan selepas tu terus sesi bergambar dan beramah mesra bersama peminat berlangsung.

Actually event ni macam biasalah.. ada makan2 skit.. ada screening dah berakhir dengan press conference. Saya tak nak tulis review pasal filem ni sebab dah banyak blog lain yg tulis pasal filem ni. Cukuplah saya sekadar kongsi gambar sekeping dua...

Saturday, January 17, 2009

GENG Press Preview

Hari yang dinanti2kan pun akhirnya tiba. Malam tayangan GENG untuk para wartawan dan media ini umpama malam konvokesyen bagi staff LCP semua. Yela, mana tidaknya.. selepas berhempas pulas selama 2 tahun lebih menghasilkan GENG, kini hasilnya akan dinilai. Untuk menganjurkan malam tayangan sebegini bukannya mudah seperti yang disangka. Persediaannya saja sudah memerlukan 2-3 minggu lebih awal termasuklah printing, invitation dan venue.

Selain saya risau mengenai respon orang ramai mengenai GENG saya juga risau mengenai kelancaran acara pada malam tersebut. Pada kebiasannya tak kiralah kita merancang macam mana sekali pun mesti ada yg lari skit... tapi yang penting macam mana kita boleh menyelesaikan masalah pada masa tersebut.

Beginilah suasana pada awal petang di meja pendaftaran. Keadaan pada masa ini masih terkawal dan mengikut perancangan. Antara wartawan dan media yang hadir pada malam tersebut termasuklah dari RTM, Remaja (TV3), Filem di 9 (TV9), Karangkraf, Gempakstarz, Berita Harian, Harian Metro, gua.com.my dan banyak lagi.

Wow, sungguh bangga. Poster GENG memenuhi dinding pawagam. Poster ni actually double sided.


Team Les' Copaque dibahagikan kepada beberapa bahagian. Ada yang handle teknikal, ada yang props, registration, usher dan sebagainya. Yang ni Faiz sedang adjust bunting punya placement.


Orang dah mula ramai...

Wohoo.. orang dah ramai.. jangan panic. Semua penonton diberi masuk ke pawagam lebih kurang pukul 8:30. Tapi sebenarnya kesibukkan event ni sudah bermula sebelum tayangan lagi. Pada masa ni lah, kebanyakan wartawan nak interview pelakon suara, pengarah dan penerbit. Time ni lah keadaan agak pack sikit.. tapi masih terkawal.

Selepas selesai saja tayangan, tepukan gemuruh diterima dari semua penonton dalam pawagam. Ada yang cakap siap ada standing ovation.... saya tak perasan sebab saya duduk depan... Wow, tak sangka sambutan yang begitu baik diterima dan sampai keluar panggung saja ada yang tak berhenti memuji.

Sebaik saja semua wartawan keluar panggung, press conference pula diadakan. Banyak la jugak soalan2 yang diajukan kepada pengarah GENG Mohd Nizam, penerbit Tn Hj Burhanuddin dan kepada panel2 yang lain.

Event pada malam tu boleh dikatakan totally selesai hampir 11:30pm. Kami semua rasa macam sungguh berbaloi dan sangat terharu dengan sambutan yang diterima. Rasa nak nangis pun ada...

Semua staff LCP bergambar sebagai kenangan dan mengharapkan sambutan menggalakan bagi filem GENG bila sudah ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula pada 12 Februari 2009.

Masih sempat berkongsi cerita masing2 bila keseluruhan event selesai.

P/S : Terima kasih kepada semua yang hadir lebih2 lagi kepada blogger atau forumer yang saya jemput secara langsung seperti topo, mysticmind dan vrempire.

Histeria~

Sempat lagi pergi tengok wayang pada malam selepas selesai aktiviti di Suarasa Ipoh haritu. Wayang kat situ (Ipoh Parade kut) tak berapa banyak choice movie... kalau tak nak tgk bedtime story.. tapi belum ditayangkan kat panggung ni.. jadi tak kisahlah.. histeria pun.. histeria la.. lagipun takkan la takut sangat kan...

Well, dengar cerita HISTERIA ni dah dapat kutipan yang agak banyak jugak.. mungkin elemen awek2 comel yang berlakon dalam filem ni berjaya menarik peminat filem tempatan untuk menonton ke panggung. Walaupun pengarah filemnya berasal dari filem indie tapi gaya ceritanya sepatutnya boleh jadi lebih baik... hanya satu yang saya puji ialah kesan solek (betul ke term dia). Kalau ada orang yang matitu memang dipaparkan dalam keadaan yang nampak meyakinkan...

Overall, jalan ceritanya boleh tahan walaupun ada beberapa bahagian yang masih boleh diperbaiki. Apa2 pun saya ucapkan tahniah kepada krew Histeria kerana filem seram ni berjaya dihasilkan tanpa terikut2 cara Jangan Pandang Belakang mahupun cerita seram melayu yang lain.

Thursday, January 01, 2009

Keseronokan di Suarasa

Rasanya baru macam baru saja selesai event MITC di Melaka haritu, bulan ni terlibat dengan event Suarasa di Ipoh pula. Terus-terangnya saya tak pernah ke Ipoh langsung sebelum ni dan kunjungan pertama kali ke Ipoh sempena Suarasa ni memang seronok.

Suarasa anjuran TV9 ni diadakan di Dataran Ipoh dan menara jam ni macam landmark kat situ.

Cuaca memang tak menentu. Adalanya panas terik untuk beberapa jam.. lepas tu hujan lebat. Cuaca sentiasa berubah2. Namun begitu orang yang datang taknya pernah putus. Memang sporting orang Ipoh.

Ha ni, ruang booth kami di Suarasa. Macam biasalah penampilan Upin & Ipin menjadi tarikan semua pengunjung. Booth Upin & Ipin juga ada membuat jualan baju, beg, buku dan macam2 lagi.

Ramai jugak personaliti yang muncul pada event ni. Dan saya sudah tentu tak melepaskan peluang bergambo dengan mereka. (mana yang sempat la)

Yang ni Nurul sedang perform atas stage tapi time tu nak hujan dah

Yes, dan ini lah gambar yang menjadi kejelesan orang lain. Yang ni ialah Syikin dari rancangan Gadis Melayu. Dia ni pemalu skit sebab saya dah banyak cakap dengan dia... tapi dia senyum je...

Yeah, Satu lagi gambo Syikin. Gambo yang ni Ehsan yang amik. Comel tak?.. ermm Comel tak patung Ipin tu maksud saya.

Akhirnya pada masa sedang sibuk sempat lagi bergambo dengan 3 Gadis Melayu yang lain termasuk sorang tu ialah Syikin.

Actually, yang seronok pada event ni bukanlah dapat bergambar dengan artis tapi seronok sebab dapat bekerja di belakang tabir bersama-sama dengan krew TV9. Dapat tengok macam mana dorang buat kerja dan macam2 lagi. Walaupun penat gila dan dulit dah hitam sikit.. tapi semuanya rasa berbaloi dengan pengalaman dan sales yang memberansangkan pada event kali ni.

Lastly, ialah bergambar bersama Dato Khir Toyo iaitu bekas Menteri Besar Selangor. Actually masa ni terserempak di kawasan rehat Tapah semasa on the way balik ke Shah Alam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...