Followers

Saturday, December 12, 2009

Meh beli Majalah Komik Upin & Ipin

Yay, Alhamdullilah akhirnya Majalah Komik Upin & Ipin ni siap jugak akhirnya. Kalau nak diikutkan dah lama betul rancang nak buat. Adalah lebih kurang 5-6 bulan dari proses A sampailah hari ni. Majalah yang berkonsep komik ni diadaptasi dari siri animasi Upin & Ipin di dalam versi komik dan juga ditambah maklumat-maklumat yang lain berkonsepkan majalah. Majalah ni diterbitkan sebulan sekali dan dijual dengan harga RM4.90 je dan full color. Baru-baru ni selesai majlis pelancaran majalah ni di Kelab Shah Alam, Selangor.

Sets untuk majlis pelancaran

Datuk Dr Mohammed Daud ketika memberi ucapan

Majlis pelancaran ni dirasmikan oleh Datuk Dr Mohammed Daud, Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) Kementerian Penerangan dan turut hadir ialah para media dan wartawan. Yang menariknya ialah gimik pelancaran yang menggunakan "rumah opah" sebagai media interaktif. Maskot Upin & Ipin muncul dari pintu "rumah opah" setelah berborak mengenai majalah yang ingin dilancar tu. Simple tapi sangat menarik dengan muzik latar dan efek lampu.

Upin & Ipin keluar dari rumah opah

Nurul dan Zarin pun ada pada majlis ni

Tiah pun sempat berposing

Abangnya pun sudah tentu tak lupa

Majalah Komik Upin & Ipin
disamping majalah-majalah lain


Secara keseluruhannya bagi saya Majalah Komik Upin & Ipin ni sebenarnya salah satu langkah yang bagus dan Isu pertama ni pun masih banyak yang boleh ditambah dan diperbaiki. Saya selaku Sumber Kandungan Kreatif akan memastikan pada isu-isu yang akan datang kandungannya akan lebih menarik dan kreatif. Kalau ada cadangan atau idea boleh emel kepada majalah@upindanipin.com.my atau mesej saja saya terus sebab emel tu pun masuk inbox saya juga.


p/s: apa ek nak tulis pada isu ke 2 nanti...

Tuesday, December 08, 2009

Info Kucing 1 : Kucing Suka Urut

Salam. Saya sekadar nak berkongsi information yang saya dapat dan tau mengenai kucing. Saya kadangkala heran sebab kucing saya suka betul mengurut-urut badan atau tangan saya tapi tidak mengeluarkan kuku. Yang herannya kucing ni lebih kerap mengurut pada bahagian kulit secara terus dan bukannya permukaan badan yang beralas baju/kain. Kadangkala saya rasa sungguh terganggu kerana masa tulah samada saya sedang tengok TV ataupun sedang nak tidur. Memang kacau daun. Saya pasti kucing orang lain pun ada buat benda yang sama.

Sebenarnya kucing buat macam tu bukanlah nak mengurut tuannya. Tapi habit ni dia dapat dari ibunya dulu. Bila kita sebagai tuannya sedang rehat ataupun berbaring seolah-olah memberikan hints kepada kucing tu untuk minum susu sebagaimana ibunya dulu. Jadi kucing tu pun, menekan-nekan seolah-olah mengurut dengan tujuan melancarkan pengeluaran susu dari badan yang mana sepatutnya badan ibu kucing tu. Tapi kalau kucing dewasa pun buat macam ni lagi, maksudnya kucing ni sangat selesa dengan kita dan seolah-olah masih mengingati zaman kecilnya dulu.

Monday, December 07, 2009

Rumah Terbuka Mami

Mami mana pulak ni? Ha ni la che nak habaq mai. Ni bukan Mami Jarum ataupun Mami Monster. Ni Mami atau Mak kepada Fimi yang berlakun dalam Hikayat Putera Syazlan tu. Kebetulan masa ni sedang berlangsung Suarasa Kedah. Mami yang sememangnya anak jati Kedah ni terus menginvite kami-kami ni untuk makan malam ala-ala open house di rumahnya di Langgar. Orang kata makan jangan ditolak. Walaupun penat sikit malam tu sebab baru selesai Suarasa hari pertama, tapi kami gagahkan juga untuk mengisi perut di rumah Mami ni.

Juan amik sikit je

Sedap ni Sup Utara Special

Walaupun team Suarasa kami ni ramai, tapi yang datang hanyalah 3 orang. Begitu kami menunjukkan semangat dan memberi sokongan terhadap rumah terbuka Mami ni. Menu makanannya pula antaranya ialah Sup Utara, Nasi Lemak dan beberapa lagi yang lain-lain. Selain Mami, saya juga berkesempatan berjumpa dengan kakak Mami yang juga pernah berjumpa sebelum ini semasa trip ke Lumut dulu. Kakak Mami yang saya dah lupa namanya ni amat meminati Upin & Ipin. Jadi borak-boraklah kejap sementara mengisi perut.

Juan dan Afiq yang begitu komited

Sempatlah berborak dengan Mami dan kakaknya

Terima kasih kepada Mami dan juga Syafiq yang menjemput kami dan memberi guide jalan sampai ke rumah Mami ni. Syafiq yang juga anak kepada kakak Mami ni juga ada menulis mengenai kunjungan kami ke sini.

Sunday, December 06, 2009

Kemuncak Suarasa di Kedah (Bahagian 2)

Kemunculan maskot Mei Mei, itulah yang menjadikan Suarasa kali ini sungguh meriah dan haru biru dibuatnya. Maskot Mei Mei yang pertama kali diturunkan ni nampaknya sudah dikenali oleh orang lain. Dari jauh lagi dah dengar orang jerit nama Mei Mei tapi bukan Mei Mei Norman Hakim. Nak dijadikan ceritanya pula, orang yang memakai Mei Mei ni agak nakal orangnya. Berlari ke sini, kacau orang tu, tinggalkan assistant maskot dan macam-macam lagi. Sampaikan kerenah dia ni dah diketahui oleh semua staff TV9. Kadang-kadangla tu sampai 2 orang assistant perlu untuk mengejar Mei Mei yang agak agresif ni. Apa - apa ianya sedikit sebanyak memang menghiburkan.

Maskot Mei Mei bersedia membuat penampilan

Upin, Mei Mei dan Ipin gabungan maskot di Suarasa Kedah

Upin & Ipin bersedia untuk lintas langsung

Staff TV9 dengan persiapan lintas langsungnya

Ramai sungguh pengunjung masa kemunculan maskot

Pengunjung adalah antara yang teramai

Dengan berbekalkan 3 set maskot ni iaitu Upin, Ipin, Mei Mei dan bersama 3 orang assistant (sorang setiap satu) serta sorang cameraman sekurang-kurangnya 7 orang yang terlibat bila membuat sesekali penampilan. Orang yang menyerbu ke arah maskot pula boleh tahan ramainya. Saya boleh labelkan antara yang crowd yang teramai disepanjang Suarasa ialah di Suarasa Kedah. Memang macam nilah setiap kali kami buat event di belah-belah utara. Tapi walaupun ramai, crowdnya masih terkawal. Selain membuat penampilan maskot di booth, sudah tentulah bawak jalan-jalan di sekitar tapak Suarasa. Sebenarnya ketika berjalan-jalan dengan maskot ni ialah moment yang paling seronok. Seronokpun kena jaga keselamatan maskot supaya takde orang pukul atau tarik. Selain tu kena juga guide orang maskot ni untuk mana. Yelah, orang kat dalam tu dah tak berapa nampakkan.

Meh jalan-jalan jap

Upin ni semayang kut

Bersama staff Celcom Berbaloi-baloi

Bergambar sebentar di booth Celcom

Wow, kat booth Celcom leh main PS3

Ye, maskot Mei Mei kali ni memang menarik perhatian ramai orang. Aksinya yang lincah membuatkan ramai bertanya kat saya "yang pakai dalam tu laki ke perempuan? " Sebenarnya dalam sedar atau tidak, maskot Mei Mei termasuklah Upin & Ipin ni dah macam selebriti. Kalau bawak dorang ni ke mana-mana pasti mendapat layanan istimewa. Dan kalau berjalan bersama artis yang lain biasanya orang akan kejar maskot Upin & Ipin terlebih dulu. Pada belah malamnya pula, maskot-maskot ni dijemput naik ke pentas utama untuk membuat persembahan. Takdelah apa yang nak dipersembahkan sebenarnya, hanya mempersembahkan diri masing-masing sebelum selepas tu berlangsung tayangan filem Geng di skrin besar.

Mei Mei bersama adik kecil

Upin, Ipin dan Mei Mei ketika di pentas utama

Gelagat mereka di atas pentas pun menghiburkan orang ramai

Ok, cukuplah cerita pasal maskot ni. Kalau saya sibuk berperang bersama-sama team maskot yang lain, krew-krew sales yang lain pun tidak kurang sibuknya. Yelah, stock sebanyak 2 lori ni pertama kali di bawa ke Suarasa. Memang tak lengang tangan booth jualan sentiasa sibuk dengan kunjungan peminat setia Upin & Ipin. Biasanya crowd akan ramai selepas selesai sesebuah penampilan maskot. Semuanya bukan sahaja dijual dengan harga murah tapi semuanya memang sukar nak didapati di belah-belah utara ni. Yang paling penting sekali ialah semuanya ORIGINAL!. Mari kita lihat beberapa gambar orang kuat disebalik jualan-jualan di Suarasa Kedah ni.

Suasana jualan pada hari ke dua

Rajin betul Ezuan jual beg sampai cam ni.

Shima dan Nurul rehat minum air jap

Amin, Juan, Afiq dan Abg Sazali antara
lelaki gagah yang melayan pengunjung di booth

Cima promote apa tu?

Selain sibuk dengan tugas masing-masing, sudah tentulah sibuk dengan bergambar. Sempat jugak curik gambar Syarifah Nur dan Khusna semasa dorang ni sibuk membeli/tengok je rantai tahi bintang yang tengah dijual di dalam booth rehat. Harganya boleh tahanla jugak, jadi saya tengok aje la apa yang dorang tengok tu. Selain tu, terserempak dengan Dafi yang akan membuat persembahan pada malamnya nanti. Ambik gambar sudah.

Syarifah Nur tengah nak beli tahi bintang apa ntah

Khusna pun boleh tahan tolong promote

Wah, Anis pun ada jugak tu

Ceplos yang nak bergambar dengan kitaorang

Dafi pun dafi la

Juan macam cameraman profesional

Akhirnya selesai sudah Suarasa satu tahun ni. InsyaAllah akan diadakan lagi pada tahun hadapan dengan perancangan yang lebih teratur. So far, Suarasa di Kedah ni akan saya ingat sebagai Suarasa yang menurunkan team terbesar dan semuanya terbesarlah. Saya pun dah kurang join event sekarang ni. Mungkin selepas ni saya boleh kongsi mengenai projek terbaru iaitu Majalah Komik Upin & Ipin. Ha, tunggu!


p/s : dah biasa drive jauh-jauh kalau weekend duduk saja rasa sangap pulak.

Kemuncak Suarasa di Kedah (Bahagian 1)

Apa kabar semua? Nampaknya Suarasa Kedah yang dah lama berakhir ni baru je sempat saya tulis di blog ni. Suarasa di Kedah yang merupakan kemuncak dan Suarasa terakhir pada tahun ini menjadi destinasi krew Upin & Ipin kali ini. Bertempat di Alor Star perjalanan kali ini memakan lebih kurang 5-6 jam. Dengan berkonvoykan 2 kereta dan 2 buah lori, boleh dikatakan team kali ini merupakan team terbesar yang pernah diturunkan disesebuah Suarasa. Bila dah terlalu ramai orang macam ni, jadi masing-masing kenalah berhati-hati. Lebih-lebih lagi semasa memandu. Cakap pasal berhati-hati ni, boleh pula kami terserempak dengan sebuah kemalangan kecil semasa di dalam perjalanan. Sebuah kereta telah hilang kawalan dan termasuk ke dalam longkang. Tapi semuanya selamat. Selain tu, kami juga kerap berehat di tol ataupun R&R kerana menunggu lori yang jauh tertinggal di belakang. Apa-apa pun yang penting keselamatan harus diutamakan.

Hati-hati dengan speed limit

Kemalangan yang berlaku semasa perjalanan

Asal berehat je amik gambar

Suasana ketika berehat di tepi tol

Setelah penumpang kereta saya cukup 5 kali tidur 5 kali bangun akhirnya sampailah ke destinasi. Memanglah tersangat penat, lebih-lebih lagi kena menunggu lagi lori yang tertinggal di belakang. Kesempatan ini kami ambil untuk menikmat pemandangan sekali gus mengambil gambar untuk kenangan. Sekelip mata saja sudah boleh nampak bertapa luasnya sawah padi yang terbentang indah.

Tiba pada waktu hampir senja

Amin, Shima dan Nurul yang sempat bergambar

Antara yang sempat bergambar sementara menunggu lori

Perjalanan yang penat tu tadi disambung pula dengan objektif kedua iaitu kena setup barang di booth. Setup ni wajib supaya memudahkan kerja kami esok hari. Sekali lagi walaupun sepatutnya tidak perlu menunggu lori kerana jarak konvoy yang dekat tapi oleh kerana lori dibelakang sesat kami terpaksalah menunggu sekali lagi kali ini di booth pula. Taknak membuang masa kami masing-masing bermain dengan probs yang ada di set pondok-pondok. Bukan selalu pun buat macam ni. Biasanya budak-budak je yang boleh main-main macam ni. Akhirnya mengambil masa lebih kurang 1 jam lebih, proses setup barang ni selesai lebih kurang pukul 10 malam. Masing-masing yang dah kelaparan tahap beruang tu berpakat untuk makan malam Nasi Kandar di kedai yang sangat terkenal di sini (dah lupa nama). Oleh kerana terlalu sibuk makan, jadi takdelah pulak gambar semasa makan.

Afiq dan Zarin merosakkan props pondok-pondok

Nurul dan Shima muka dah penat

Bergambar sekali sekala dengan signboard Pondok-pondok

Dah penat ke? Belum lagi la. Lepas je check in ke Hotel, kami seperti biasa mesti membuat penampilan istimewa untuk maskot. Kali ini kami membawa maskot extra dan terbaru iaitu Mei Mei. Selepas masing-masing mandi dan berehat, orang yang istimewa dan terpilih sahaja dipakaikan maskot. Walaupun jam dah menunjukkan pukul 12, semangat kami untuk membuat penampilan istimewa ini masih berkobar-kobar. Si pemakai maskot pula ialah orang yang biasanya tidak memakai maskot.

Yay, mari sergah orang hotel ni

Penampilan pertama Mei Mei

Upin keluar dari lif

Staff hotel ni pun peminat Upin & Ipin

Mei Mei dan Ipin menjaga kaunter hotel sekejap

Ipin, Mei Mei dan Upin bersedia untuk esok hari

Ha macam tulah ragam ketika maskot dimunculkan di ruang lobby hotel. Oleh kerana waktupun dah lewat jadi taklah ramai sangat yang ingin bergambar. Nantikan apa yang akan dilakukan oleh kami pada keesokkan hari di Suarasa Kedah nanti. Apa pendapat orang ramai mengenai maskot Mei Mei yang pertama kali diturunkan ni? Macam mana dengan sambutan Suarasa kali ni jiga dibandingkan dengan Suarasa yang lain? Ha semuanya selepas ini.

p/s : dalam banyak-banyak suarasa, suarasa ipohlah yang saya paling enjoy
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...