Followers

Thursday, December 11, 2008

MITC, Melaka

Akhirnya salah 1 event yang dinanti2 kan telah pun berlalu. Sebab dinanti2 kan tu bukan apa, cuma sebab banyak perancangan yang telah dibuat dan banyak perubahan last minit sebelum event ni berlangsung. Event di MITC Melaka ni diadakan sepanjang 3 hari dan hampir semua krew LCP turun padang. Best!

Ha, watak Upin Ipin digunakan sebagai banner, bunting disetiap ruang yang terdapat di Melaka ni. Pandai jugak designer dorang buat nampak macam blend dengan tema MITC.


Ha, adik berdua nilah yang jaya memupuk saya untuk kasik button badge Mei Mei dan Ehsan sebab masa hari tu badge tu masih belum dijual kat booth kitaorg. Hmm.. nasib baik adik2 pandai pujuk dan comel...

Yay, pada masa tu tak lepas peluang bergambar dengan artis. Tapi yang ni saya tolong amik kan aje...Mila memang teringin sangat nak bergambar dengan Upin Ipin. Oleh kerana nak cepat masa tu jadi tak sempat amik gambar sendiri dengan Mila. Haihhh... Tengok gambar aje pun takpela..

Ni Salima (AF)... pun saya tak sempat amik gambar, sebab dia jauh sangat. Tapi, pada hari2 yang lain sempat amik gambar dengan beberapa artis yang lain. Nak tau sapa? kena tunggu post2 lepas ni.. hehe

Ni bukan bergambar dengan artis, tapi bergambar dengan peminat...

Banyak lagi aktiviti yang berlaku di Melaka sepanjang 3 hari tu. Post lepas ni akan tunjuk lebih banyak tentang aktiviti2 tersebut... Tungguu!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...