Followers

Tuesday, December 09, 2008

Malam Anugerah KLIFF '08

Malam Anugerah KLIFF yang lepas telah berlangsung kat PWTC. Actually ni dah 2nd year KLIFF ni diadakan dan 2nd time jugak la saya join malam anugerah ni. Basically, bahagian yang menarik bagi saya ialah time makan... bukan sebab makanan dia, tapi sebab nak jumpa artis.. hehe

Tak berapa ramai artis time makan tu sangat, walaupun ramai jugak yang buat persembahan sebelum tu. Antara yang sempat diambil gambarnya ialah Vanida Imran.

Yang ni Sofia Jane. Dah lama tak nampak Sofia Jane berlakon. Tapi yang paling latest nampak dia berlakon iklan.

Yea, ni pulak Joanna Bessey. Dulu dikenali masa berlakon dalam sitcom Kopitiam. Joanna ni very polite dan suka senyum. Malam tu dia sempat puji baju saya cantik, walaupun rasanya tak berapa cantik dan nampak macam baju batik yang standard aje.

Wooo... ni gambar panas ni. Artis ni artis dari Sweden di bawah syarikat KRU. Nama group dorang Ladylike. Malam tu dorang ada buat persembahan yang boleh dikatakan menarik... ataupun saya yang rasa menarik sebab jarang tengok orang putih menari atas pentas kut...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...