Followers

Sunday, December 14, 2008

Artis di MITC

Yea, ni boleh dikatakan late post jugak. Anyway, ramai jugak artis yang hadir di MITC haritu actually tapi yang sempat amik gambar tak ramai. Jadi antara yang sempat beramah mesra ialah Heliza AF. Heliza ni yang paling ketara ialah matanya yang besau. Agak selalu membesaukan mata dengar sengaja. Kebetulan Heliza ni jugak salah seorang peminat kipas susah mati Upin & Ipin.... jadi dia pun bekunjung ke booth Upin & Ipin dengan riangnya.

Jadi macam biasalah kalau tak bergambar orang tak percaya... jadi ini lah gambar bersama Heliza.. hehe.. Siap dapat namecard lagi... tapi no hp pr dia la...


Seterusnya ialah Radhi OAG. Sebelum tu Radhi ada perform kat dalam MITC. Kiranya jumpa dia ni pun lepas abis event kat kedai mamak sebelah MITC. Actually ni 1st time jumpa Radhi, rupanya dia ni peramah orangnya... atau mungkin time tu dia mmg terlalu peramah.. sampai cite pasal antoofighter pun dia bukak... (orang tak tanya pun)... tapi anyway, memang dari dulu minat OAG... So, kira amik gambar dign Radhi jugak la.. untuk kenangan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...