Followers

Wednesday, December 31, 2008

Movie Marathon Part 1

Dah lama tak tengok movie. Oleh kerana terlalu kecewa dengan event di Mcd sebelum tu kami berempat telah dengan secara spontan nya terasa nak makan burger carls jr dan selepas itu dengan secara spontannya decide nak tengok movie dan juga secara spontannya tengok 2 movie.

Gambar kat atas ni semasa sebelum sampai burger. Hmm, lepas ni taknak makan burger Carls Jr dah. This is the last time (at least for this year)

The 1st movie ialah The day the earth stood still. Bole la tahan cerita dia. Draging sana sini sikit dan very expected ending but bolee le layan. Ok, Next movie is...

BOLT. BOLT is awesome. Seriously.

I think BOLT is one of the greatest disney movie ever made. Eventhough the storyline is commonly known as disney type.. but, I just like everything about this film. The actions, jokes, storyline, characteristic ... this movie is better than Madagascar 2.



After watching BOLT, I felt like my day is perfect. Enough said.

P/s : do we have part 2? (maybe)

Thursday, December 25, 2008

Eyes of Malaysia

Eye of Malaysia dulunya berada di Taman Titiwangsa, Kuala Lumpur tapi telah transferkan ke Melaka. Kalau tak salah kerajaan Melaka dah beli untuk dijadikan salah 1 tumpuan pelancongan kat Melaka. Saya sempat pergi Eyes of Malaysia di Titiwangsa dan di Melaka pun saya tak lepaskan peluang jalan2 kat sana. Actually, bezanya di Melaka ni most area masih nampak kosong dan kebanyakan area macam masih dalam pembinaan.

Saya naik waktu malam dan sekelilingnya tak berapa nampak sebab terlalu gelap. Berbeza dengan di Titiwangsa yang ada pancaran laser dari air.


Idaman, Saya dan Faizu sedang menghiburkan diri semasa beratur nak naik ke atas.

Yay, apa tu? gambar terlalu gelap.

Antara yang menarik semasa menaiki Eye of Malaysia ni ialah Dini sempat tukar lampin Eilham semasa dalam gondola. Tapi gambar semasa proses penukaran tu tak sesuai ditonton oleh public.

Anyway, ni lah destinasi terakhir cuti-cuti di Melaka haritu. Macam dah selalu pulak cuti2 kat Melaka ni. Hmm.. maybe next time kita pergi tempat lain pulak

A famosa Water World

Yay, another vacation destination at Malacca. Kali ni pada masa hari raya haji kitaorang ke AFamosa Water World. Actually pada masa sehari selepas abis event di MITC. Gambar kat bawah ni semasa baby ielham nak main air. Dia pun lengkap dengan pakaian renang.


Ha, macam ni lah kat dalam Water World tu. Actually tak berapa minat sangat dengan air dan permainan extreme ni. Tapi, dah semua orang pun pergi.. so join aje la... gambar sebenar semasa mandi tidak dapat dipaparkan di sini atas sebab-sebab tertentu.

Selepas abis berendam dengan agak lama kat situ, kitaorang pun balik sebab malamnya tu ada aktiviti lain pulak... Tapi sebelum balik most of us beli topi ala2 kepala binatang sebagai tanda kenangan.

Ha, tengok baby eilham pun ada topi dia sendiri... comelkan?

Sunday, December 14, 2008

Artis di MITC

Yea, ni boleh dikatakan late post jugak. Anyway, ramai jugak artis yang hadir di MITC haritu actually tapi yang sempat amik gambar tak ramai. Jadi antara yang sempat beramah mesra ialah Heliza AF. Heliza ni yang paling ketara ialah matanya yang besau. Agak selalu membesaukan mata dengar sengaja. Kebetulan Heliza ni jugak salah seorang peminat kipas susah mati Upin & Ipin.... jadi dia pun bekunjung ke booth Upin & Ipin dengan riangnya.

Jadi macam biasalah kalau tak bergambar orang tak percaya... jadi ini lah gambar bersama Heliza.. hehe.. Siap dapat namecard lagi... tapi no hp pr dia la...


Seterusnya ialah Radhi OAG. Sebelum tu Radhi ada perform kat dalam MITC. Kiranya jumpa dia ni pun lepas abis event kat kedai mamak sebelah MITC. Actually ni 1st time jumpa Radhi, rupanya dia ni peramah orangnya... atau mungkin time tu dia mmg terlalu peramah.. sampai cite pasal antoofighter pun dia bukak... (orang tak tanya pun)... tapi anyway, memang dari dulu minat OAG... So, kira amik gambar dign Radhi jugak la.. untuk kenangan.

Thursday, December 11, 2008

MITC, Melaka

Akhirnya salah 1 event yang dinanti2 kan telah pun berlalu. Sebab dinanti2 kan tu bukan apa, cuma sebab banyak perancangan yang telah dibuat dan banyak perubahan last minit sebelum event ni berlangsung. Event di MITC Melaka ni diadakan sepanjang 3 hari dan hampir semua krew LCP turun padang. Best!

Ha, watak Upin Ipin digunakan sebagai banner, bunting disetiap ruang yang terdapat di Melaka ni. Pandai jugak designer dorang buat nampak macam blend dengan tema MITC.


Ha, adik berdua nilah yang jaya memupuk saya untuk kasik button badge Mei Mei dan Ehsan sebab masa hari tu badge tu masih belum dijual kat booth kitaorg. Hmm.. nasib baik adik2 pandai pujuk dan comel...

Yay, pada masa tu tak lepas peluang bergambar dengan artis. Tapi yang ni saya tolong amik kan aje...Mila memang teringin sangat nak bergambar dengan Upin Ipin. Oleh kerana nak cepat masa tu jadi tak sempat amik gambar sendiri dengan Mila. Haihhh... Tengok gambar aje pun takpela..

Ni Salima (AF)... pun saya tak sempat amik gambar, sebab dia jauh sangat. Tapi, pada hari2 yang lain sempat amik gambar dengan beberapa artis yang lain. Nak tau sapa? kena tunggu post2 lepas ni.. hehe

Ni bukan bergambar dengan artis, tapi bergambar dengan peminat...

Banyak lagi aktiviti yang berlaku di Melaka sepanjang 3 hari tu. Post lepas ni akan tunjuk lebih banyak tentang aktiviti2 tersebut... Tungguu!

Tuesday, December 09, 2008

Malam Anugerah KLIFF '08

Malam Anugerah KLIFF yang lepas telah berlangsung kat PWTC. Actually ni dah 2nd year KLIFF ni diadakan dan 2nd time jugak la saya join malam anugerah ni. Basically, bahagian yang menarik bagi saya ialah time makan... bukan sebab makanan dia, tapi sebab nak jumpa artis.. hehe

Tak berapa ramai artis time makan tu sangat, walaupun ramai jugak yang buat persembahan sebelum tu. Antara yang sempat diambil gambarnya ialah Vanida Imran.

Yang ni Sofia Jane. Dah lama tak nampak Sofia Jane berlakon. Tapi yang paling latest nampak dia berlakon iklan.

Yea, ni pulak Joanna Bessey. Dulu dikenali masa berlakon dalam sitcom Kopitiam. Joanna ni very polite dan suka senyum. Malam tu dia sempat puji baju saya cantik, walaupun rasanya tak berapa cantik dan nampak macam baju batik yang standard aje.

Wooo... ni gambar panas ni. Artis ni artis dari Sweden di bawah syarikat KRU. Nama group dorang Ladylike. Malam tu dorang ada buat persembahan yang boleh dikatakan menarik... ataupun saya yang rasa menarik sebab jarang tengok orang putih menari atas pentas kut...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...