Followers

Friday, November 14, 2008

The Making Of...(Outdoor)

Mungkin agak pelik sikit untuk keluar semula membuat research di hutan yang mana pernah dibuat dulu tetapi kali ini untuk tujuan The Making Of... Tapi takpelah sebab alang2 boleh amik angin luar sambil rehatkan minda tengok pokok2 hijau.

Lokasi kali ni berbeza dengan lokasi research asal iaitu di Bukit Cerakah, Shah Alam. Selain dari lokasi kali ni yang lebih dekat dengan opis, lokasi ni juga dipilih sebab malas nak pergi jauh2.

Perjalanan dari entrance ke area hutan tu mestilah menggunakan bas khas ni.

Bila dah sampai dan camera semua dah ready sesi shooting pun bermula. Kitaorang tak main dalam2 hutan sangat, just tepi2 aje.

Antara team yang sedang check output take sebelum meneruskan perjalanan ke dalam hutan. Untuk proses research, kami kena banyak ambil gambar pokok2 mengikut bentuk, saiz dan jenis. Research ni penting untuk memudahkan 3d Artis nanti buatkan objeknya dalam 3D Software. (yang mana pada masa ni objek tu dah siap)

Walaupun tempat ni boleh dikira hutan, tapi jalan untuk ke dalam hutan tu dah disediakan. Jadi takde lah macam jungle tracking sangat. Boleh dikatakan mudah dan cepat.

Yang ni team audio sedang rekod sample bunyi2 yang terdapat di dalam hutan macam bunyi cengkerik, burung air sungai dan lain2 lagi.

Ha, nak tengok mcam mana rupa The Making ni nanti kena lah tunggu video ni siap dulu. InsyaAllah sebelum GENG ditayang di pawagang video The Making ni akan di tayangkan di kaca tv dulu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...