Followers

Tuesday, November 25, 2008

Madagascar 2

Dah tengok Madagascar 2 ? Kalau belum, silalah tengok sementara masih ditayangkan di pawagam. Ada orang kata tak best sangat cerita ni jika dibandingkan dengan episod sebelum ni. Tapi, bagi saya kalau nak tengok untuk just having fun memang boleh. Saya pun bukanlah nak terlalu mengkaji itu ini sebelum bagi komen untuk sebarang movie. Secara keseluruhannya enjoyable.


Jalan cerita yang simple dan mudah difahami. Lawak yang pada sesetengah tempat yang menjadi dan berpatutan. Namun ada juga lawak yang agak over dan jengkel bagi saya. Walaupun watak utama cerita ni ialah Alex(singa) dan Marty(kuda belang0 tapi watak2 lain macam penguin dan King Julien (tak sure binatang apa) lebih menyerlah dan lakonannya sungguh menarik.




Kalau ada masa rasa macam nak tgk sekali lagi kat wayang.

P/s : Bagi saya Wall-E tak best

Laman web baru Les' Copaque

Yay, Website baru Les' Copaque dah pun siap. Pada siapa2 yang tak pernah tengok lagi, silalah tengok sekarang. http://www.lescopaque.com . Kali ni layout website ni lebih kemas, tanpa shoutbox, semua website links kat mainpage dan beberapa ciri2 lain yg lebih kemas.

Selepas ni website ni pun kalau ada update kecil2 dari segi contents atau gambar saja. Any comments?

Saturday, November 15, 2008

The Making Of...(Studio)

Proses The Making of juga merangkumi proses yang dijalankan di dalam studio. Semua department dari concept, animation hinggalah ke rendering direkod. Macam biasalah, team The Making of akan memastikan flow recording seperti yang telah dirancang pada peringkat awal.


Ini lah dia camera yang digunakan untuk recording The Making Of ni... apa ntah nama camera ni... tapi camera ni dapat merekod video bersaiz HD.

Antara team The Making Of yang bertungkus lumus pada hari tu dari pagi sampai malam sebab nak memastikan semua shots diambil dengan baik.

Ni screenshot computer saya semasa proses rendering dijalankan. Kalau nak tau macam mana rupa video ni nanti... kenalah tunggu kat TV nanti...


Friday, November 14, 2008

The Making Of...(Outdoor)

Mungkin agak pelik sikit untuk keluar semula membuat research di hutan yang mana pernah dibuat dulu tetapi kali ini untuk tujuan The Making Of... Tapi takpelah sebab alang2 boleh amik angin luar sambil rehatkan minda tengok pokok2 hijau.

Lokasi kali ni berbeza dengan lokasi research asal iaitu di Bukit Cerakah, Shah Alam. Selain dari lokasi kali ni yang lebih dekat dengan opis, lokasi ni juga dipilih sebab malas nak pergi jauh2.

Perjalanan dari entrance ke area hutan tu mestilah menggunakan bas khas ni.

Bila dah sampai dan camera semua dah ready sesi shooting pun bermula. Kitaorang tak main dalam2 hutan sangat, just tepi2 aje.

Antara team yang sedang check output take sebelum meneruskan perjalanan ke dalam hutan. Untuk proses research, kami kena banyak ambil gambar pokok2 mengikut bentuk, saiz dan jenis. Research ni penting untuk memudahkan 3d Artis nanti buatkan objeknya dalam 3D Software. (yang mana pada masa ni objek tu dah siap)

Walaupun tempat ni boleh dikira hutan, tapi jalan untuk ke dalam hutan tu dah disediakan. Jadi takde lah macam jungle tracking sangat. Boleh dikatakan mudah dan cepat.

Yang ni team audio sedang rekod sample bunyi2 yang terdapat di dalam hutan macam bunyi cengkerik, burung air sungai dan lain2 lagi.

Ha, nak tengok mcam mana rupa The Making ni nanti kena lah tunggu video ni siap dulu. InsyaAllah sebelum GENG ditayang di pawagang video The Making ni akan di tayangkan di kaca tv dulu.

Friday, November 07, 2008

Anak Kucing Update #2

Selepas sebulan lebih rasanya anak2 kucing kat rumah ni dah macam besar skit. Walaupun tak aktif sangat lagi... tapi dah mula merayau dalam lingkungan dia. Semua anak2 kucing ni sihat macam anak kucing biasa.

Yang ni yang paling peramah dan manja. Tak takut orang sangat.
Dan paling comel kut.

Ha masa ni semua nya tengah mengusu dengan mak dia. Comel kan?

Yang kaler lain ni pun comel jugak actually tapi masih macam malu2 lagi.

Yang oren ni macam ada ekor yang unik sikit. Ekor dia macam sebesar jambul saje.

Ha ni la mak dia. Buat muka innocent pulak.

Les' Copaque Open House

Seminggu selepas jayanya open house untuk Fanclub Upin Ipin di opis Les' Copaque, minggu selepas tu pula open house Les' Copaque pula diadakan. Kali ni tetamu nya pula ialah ahli keluarga Les Copaque sendiri dan semua pihak2 yang pernah membantu Les Copaque.

Pada hari tu semua team Les Copaque selain melayan tetamu semuanya jugalah yang menjadi ajk majlis tersebut. Adalah yang kena buat air, angkat kerusi dan macam2 lagi.

Sebahagian team Les Copaque bergambar sebelum ramai tetamu datang. Kebanyakan tetamu datang pun time2 lunch hour. Ye lah nama pun Open House mestilah datang time makan~

Tapi sebelum orang lain datang, balik kami yang makan dulu. Makanan hari sedap betul. Dah la ada makanan special, kambing golek. huhuh~

Ha, ni antara tetamu istimewa dari MIMOS. Kira macam wakil dari MIMOS la ni... sebab dia sorang je yang datang. Walaupun meluangkan masa yang singkat aje pada haritu, tapi saya memang amat berterima kasih pada wakil MIMOS ni iaitu En Sidek.

Saje2 abis kan masa, bergambar dengan Yuki. Baju dia baru beli kat Jusco.

Ha, ni dengan Ed pulak. Bukan apa.. cuma baju kitaorang dah 2 minggu sama kaler.

Ye, ni pulak ayah saya masa baru sampai kat carpark. Ye, memang berbeza tang rambut.

Ni mak saya yang bergambar bersama Fathiah pada hari tu. Mak saya yang baju hitam tu ye... yang baru putih tu kawan dia.

Apa Ayman nak lagi ni? Nak teh tarik satu? Sori lah Geng Corner hari ni tak buat teh tarik la...

Itu saja lah secara kasarnya acara pada haritu. Walaupun penat namun terasa berbaloi bila tengok ramai orang yang berpuas hati pada hari tu.

Sunday, November 02, 2008

Premiere Screening : Antoo Fighter

Pada 31 Okt 08, saya berpeluang utk join premiere screening filem Antoo Fighter yang bakal ditayangkan di pawagam pada hujung tahun. Premiere ni diadakan di GSC, Midvalley pada jam 8:30mlm. Pada malam tersebut ramailah artis2 yang turut ada lebih2 lagi pelakon filem ni sendiri seperti Awie dan Radhi.

Sebelum tayangan berlangsung, pengarah filem ni Azizi "Chunk" Adnan (fdam) memberi ucapan kata2 aluan pembukaan. Kami juga dihiburkan dengan band yang diberi nama Cap Ayamz yang dianggotai oleh pengarah filem ni sendiri dgn lagu-lagu soundtrack filem Antoofighter.

Jadi kalau nak tau ceritanya macam mana, kenalah tengok wayang nanti.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...