Followers

Monday, October 20, 2008

Seminar Animasi di UITM Segamat, Johor

Buat pertama kalinya saya diberi tanggungjawab untuk memberi satu seminar berkaitan animasi di UITM Segamat, Johor. Pada mulanya agak ragu2 jugak tapi bila difikirkan seminar ni hampir sama je macam presentation yang biasa dibuat diopis cuma lokasinya je yang lain. Macam biasalah, selepas seminggu membuat persiapan awal akhirnya masanya pun tiba. Tempoh perjalanan pergi ke sana sekitar 3 jam lebih. Bermalam semalam di sana dan seminarnya bermula pada esok hari.

Pada malam tu di hotel, saya sempat lagi cek slide presentation dan training dalam hati sebelum presentation yang sebenarnya pada esok hari. Kira macam last minit jugak la ni. Saya masih ragu2 dengan slide ni sebab diberitahu jumlah pelajar yang akan attend seminar ni sekitar 150 hingga 200. (Hmm... ramai jugak)


Awal-awal pagi ditingkap hotel. Perjalanan dari hotel ni ke kampus UITM Segamat memakan masa lebih kurang 20 minit. Jadi kenalah bertolak awal sebab seminarnya bermula 8:30 pagi.

Bila sampai je, the 1st thing yang notice adalah layanan pelajar2 kat sana. Macam artis pun ada. Pergi ke mana saja ada pengiring. Semua pelajar2 yang uruskan seminar ni memang baik dan sporting.


Pada seminar ni jumlah pelajar yang hadir kurang dari 100 kalau tak salah, sebab yang lain2nya kena hadir seminar lain atau ada exam. Overall seminar ni berjalan lancar dan baik. Slot seminar saya bila dicampur2 hampir 4 jam diselangkan dengan rehat. Saya memang tak de masalah nak bercakap pasa masa tu, sebab banyak idea dan pengalaman yang ingin dikongsi. Oleh kerana slot masanya panjang, saya selit2 dengan tips atau pengalaman masa saya belajar dulu...

Pada masa yang sama rakan opis iaitu Hasan dan Faliq sedang bertungkus lumus di luar dewan menjual produk2 Upin Ipin. Memang ramai pelajar2 yang datang dan shopping pada hari tersebut.


Kiranya hasil jualan pada hari tu memang sangat bagus sehinggakan kami balik bawak kotak kosong je.

On the way balik tu kami lalu di pekan Tangkak di mana banyak gila sales kain kat situ. Sebab takde orang pompuan yang ikut sekali, jadi takde lah minat lah nak tengok kain.


Yeah, 1 gambar myspes

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...