Followers

Sunday, October 26, 2008

Rumah Terbuka Upin & Ipin 2008

Buat pertama kalinya Les' Copaque anjurkan rumah terbuka aidilfitri khas untuk fanclub Upin & Ipin. Maklumlah pertama kali jadi, banyak benda yang kena prepare dan banyak perkara yang boleh diperbaiki dan diimprove pada aktiviti pada masa depan. Saya salah seorang ajk yang merancang aktiviti ni jadi dari seminggu awal sebelum hari ni dah memang start sibuk.

Pada hari tersebut semua staff Les' Copaque join dan bagi sokongan utk majlis ni. Yang seronoknya dari A sampai Z kami sendiri yang plan dan organize.

Antara staff2 yang sempat bergambar sebelum bermula majlis tersebut

Pada hari tu ramai adik-adik yang datang bersama parents dorang untuk bergambar dengan maskot Upin & Ipin serta bersama pelakon suara.

Tengoklah ramai adik2 yang berebut nak bergambar

Adik ni comelkan?

Ada juga acara seperti sketsa pendek, kuiz dan permainan yang dihos kan oleh Kak Ros dan Mei Mei. Semua yang ada pada masa tu terhibur dengan persembahan mereka.


Ha, ni Kak Ros dan Upin/Ipin sedang buat cabutan bertuah. Semangat Fatiah membaca nombor yang dicabutnya tu.

Sempat bergambar bersama Yuki dan Idaman

Ni pulak semua staff lelaki yang kebetulan berbaju purple pada yang tersebut. Macam nasyid sikt pun ada.

Bergambar dengan semua staff Les' Copaque yang menjayakan aktiviti pada hari tu. Best!

Baca blog Les' Copaque mengenai rumah terbuka ni.

1 comment:

  1. Anonymous12:37 AM

    Selamat Buat Semua kru dan pemain dlm film Upin&Ipin, sya dari Indonesia Suka Sangat Upin&Ipin.
    Terus Berkreasi........Semangat........!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...