Followers

Friday, October 03, 2008

Hari Raya Tahun Ini

Hari raya tahun ini walaupun belum tiba harinya tapi dijangkakan agak kurang seronok sebab tak balik kampung Batu Pahat. Beraya di KL dan melawat rumah sedara mara terdekat sahaja.

Pada malam sebelum raya tu, saya rajin kan kaki nak ke area Masjid Jamek/Chowkit sebab nak tengok apa yang boleh dibeli pada last minit ni. Walaupun basically macam semuanya dah ada tapi saje je nak tengok2... sebab tahun2 lepas pun memang biasa jalan2 kat sini time2 last minit... kadang2 boleh dapat offer yang lagi murah.

Tapi memang la seperti diduga.. jalan utama semuanya sesak. Nak cari parking saje dah makan masa 1 jam.

Depan Pertama Complex

Banyaknye kete... semuanya pakat shopping last minit

Macam ni lah ramainya orang bersesak kat dalam area jalan kaki ke Masjid India tu... Memangla banyak offer2 yang murah.. kalau pandai beli.. mmg berbaloi bersesak malam2 tu...

Faeza pun cuci mata aje.. tak nak beli katanya...

Sampai ada beberapa kedai baju tu promote dengan cara yang lain. Tengok lah "Abang" ini berpakaian baju kurung dan menari lagu hindi di tempat yang tinggi. Semua orang bukan saja berpusu2 tengok dia ni menari tapi ada yang sampai rekod video lagi... tak tau la baju dia laku ke tak.. hehe

Pada sebelum raya juga.. antara persiapan yang kena buat ialah kereta... Walaupun tak balik kampung.. tapi sebab lama gila terservis... jadi kena lah jugak jengok workshop.... Tapi bila dah check tu macam banyak la pulak kena tukar...apa ntah nama benda yg rosak tu tapi total up sampai hampir RM2000 jugak.. haih... Bila fikir2 duit bonus raya abih ke kereta aje.... tapi tak nampak sangat pun apa yg dah bikin... Hmm, lepas ni kena jimat

Kat workshop ni pulak punya la lama... boleh dikata kan dari pukul 5 ptg.. sampai pukul 9 mlm baru abis...

Alang2 tu cuci kete la sekali...

Pagi Raya haritu memang ala kadar sahaja. Tunggu sedara mara datang rumah lepastu melawat pulak rumah sedara mara yang terdekat. Raya kedua dah tak tau nak buat apa dah.

Gambar bersama Along


Bersama anak sedara yang comel. Bila nampak camera je terus senyum nak amik gambar

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...